Friday 11 November 2016

Alisa (Part 3)

PART - 3

"Aku tak sangka perempuan bodoh macam tu betul-betul wujud di dunia ni. Dah lah bodoh. Dia bodohkan aku lagi. Dia ingat, aku bodoh macam dia ke..." Leteran Faiz itu tidak berhenti dari mula dia melarikan diri sehingga sekarang.
Hujan semakin lebat. Faiz meneduh diri dari hujan dengan menggunakan beg galas miliknya. Diletakkan beg galas tersebut di atas kepala. Walaupun tidak melindungi seluruh badan, ianya cukup untuk tidak membasahi kepala.
Tiba sahaja di hadapan rumah, Faiz memulas tombol pintu dan masuk ke dalam rumah. Hanya berfikir mahu membersihkan dirinya yang basah kuyup, lalu Faiz menuju pantas ke dalam bilik. Faiz merupakan anak tunggal dan tinggal bersama ibunya di rumah tersebut. Pada waktu ini, ibu Faiz tiada di rumah. Setiap hari, ibu Faiz akan pulang dari kerjanya pada pukul lapan malam.
Tiba di hadapan pintu bilik, Faiz memulas tombol pintu itu dan masuk ke dalam sambil membuka suiz lampu.
PUPPP!
Lampu menerangi biliknya yang gelap dan Faiz dikejutkan dengan Alisa yang sedang terduduk di atas katilnya dengan keadaan yang basah kuyup.
"Woi!! Apa... Apa kau buat dalam bilik aku??!!!"
Alisa memandang tajam ke arah Faiz sambil menggigil kesejukan.
"Kau tinggalkan aku dekat tengah-tengah hujan? Kurang ajar betul... Mana sifat keperimanusian kau!!"
"Tengok cermin sebelum bercakap!! Kau ingat, pecah masuk rumah orang sesuka hati tu benda bagus ke? Lagi.... Lagipun... Macam mana kau boleh masuk rumah aku ni? Bilik aku tingkat atas kot. Rumah aku sentiasa berkunci!!"
"Heh heh heh. Maaf Faiz. Iya.. Memang aku tipu kau dengan kenyataan yang aku ni Ultraman. Tapi, ini lah sebenarnya yang aku maksudkan. Aku ada kuasa supernatural!! Aku mampu menembusi dinding!! Heh heh heh"
Faiz tergamam mendengar penyataan Alisa. Mimik wajahnya seakan percaya dengan kata-kata Alisa.
Selang beberapa saat, angin kencang dari luar rumah bertiupan masuk ke dalam bilik Faiz. Disebabkan oleh itu, langsir terselak dan Faiz dapati, tingkap biliknya itu pecah. Dia juga dapati ada sebuah bola sepak yang tidak dikenalinya berada tepat dibawah tingkap tersebut.
"Cakap betul-betul. Macam mana kau masuk dalam rumah ni!"
"Macam mana? Kau pekak ke apa? Aku guna kuasa supernatural aku lah!"
"Berhenti lah mengarut Alisa! Kau tak sedar ke? Kau dah pecahkan tingkap bilik aku!!!"
"Eh! Macam mana kau tahu?" Pantas Alisa menoleh ke belakang.
"Hehe...he...he....he"
*******
"Faiz!! Bagi lah aku masuk!! Hujan makin lebat ni!! FAIZZZ!!!"
Kelihatan Alisa di luar pintu rumah Faiz. Merayu-rayu akan belas kasihan. Tubuhnya menggigil. Tidak tahan akan kesejukan.
"Faiz!! Bukak lah pintu!!" Sambil mengetuk pintu rumah Faiz berkali-kali. Seminit selepas itu, Faiz membuka pintu rumahnya.
"Fa... Fa.... Faiz.... Aku sejuk.... Terima kasih sebab...," tidak habis ucapan simpatinya itu, Faiz melontarkan bola sepak asing yang dipercayai kepunyaan Alisa. Tepat terkena wajah Alisa dan jatuh terjelepuk ke tanah. Faiz menutup pintu rumahnya semula.
"Faizzzz!!!" Dari dalam, kedengaran suara Alisa yang sedang meraih simpati di luar.
'Bukan aku tak boleh tolong. Dia dah tipu aku dua kali. Lepas tu, suka hati dia je pecah masuk rumah orang. Sekarang, terima lah akibat kau.' Kata hati kecil Faiz sambil meneguk secawan air teh panas.
Tidak lama selepas itu, suara Alisa sudah tidak kedengaran. Walaupun Faiz bersikap kasar sebegitu, dia juga risau jika sesuatu yang buruk berlaku pada Alisa di luar. Hujan yang lebat masih lagi tidak berhenti. Faiz berjalan menuju jendela ruang tamu. Berdekatan dengan pintu rumahnya untuk menjenguk Alisa
Kelihatan Alisa sedang melintas jalan dalam kehujanan. Alisa melindungi kepalanya dengan beg sandang miliknya. Melihat Alisa yang terkedek-kedek dengan baju kurung sekolahnya sedang melepasi lopak air itu, membuatkan Faiz merasa kasihan terhadap Alisa. Namun....
"Lantak lah, dia tak kesian dekat aku pun masa dia tipu aku. Kenapa aku nak kesian dekat dia pulak. Ni kalau aku bagi muka kali ni, mesti lepas ni dia lagi nak ikut aku balik sekolah" Faiz terus menutup kain jendela dan sambung menikmati teh panas.
***********
TRINGGGG!!!
Faiz berjalan pulang menuju ke rumah. Hari ini, dia langsung tidak melihat kelibat Alisa. Merasa amat tenang berjalan tanpa perasaan curiga diekori oleh wanita yang tidak dikenali.
Faiz membimbit sebuah buku di lengan kananya. Dan berjalan dengan riang. Akan tetapi, Faiz merasa sangat ganjil. Dia tidak pernah merasa perasaan seperti ini. Dia merasa amat kosong. Selalunya Alisa berada di belakangnya dengan jarak yang rapat. Kali ini dia merasa sangat bosan berjalan seorang diri.
Lalu Faiz terhenti seketika dari perjalananya. "Pelik. Kenapa tiba-tiba aku rasa rindu dekat sesuatu. Tak akan lah sebab Alisa tak ada hari ini."
Tidak lama selepas itu, Faiz terlihat Alisa sedang melintas jalan di hadapanya. Entah bagaimana, perasaanya kembali berisi. Namun kali ini Alisa tidak mengekorinya. Alisa perasan akan Faiz yang lalu dihadapanya. Alisa hanya memberikan jelingan kepada Faiz. 
'Eh? Apa ni? Kenapa aku tiba-tiba rasa kecewa? Aku pun tak tahu apa yang aku kecewakan.' Sesuatu perasaan yang tidak pasti wujud di dalam hati Faiz setelah melintasi Alisa tanpa apa-apa teguran. Faiz berlalu pergi menjauhi Alisa.
"Faiz!!!" Suara yang tidak asing lagi. Alisa menjerit dan berlari sambil membawa dua kon aiskrim. Faiz pun berhenti dan menoleh ke belakang.
Alisa berlari menuju Faiz. Secara tiba-tiba, Faiz tersenyum dengan sendiri.
'Kenapa? Kenapa tiba-tiba aku senyum ni? Aduhaiii... apa yang dah jadi?' Detik hati Faiz yang masih tidak pasti akan perasaanya itu.
Dalam lima langkah sebelum sampai tepat ke hadapan Faiz, Alisa tersungkur dan dua kon aiskrim yang dibawanya itu terjatuh dalam longkang yang berdekatan. Lalu aiskrim itu hanyut dibawa arus air longkang yang deras.
Faiz mendekati Alisa yang sedang terduduk di tepi jalan sambil melihat aiskrim yang hanyut "Cehh.. Kalau berlari tu tengok lah betul-betul. Kan dah jatuh."
Wajah Alisa muram. "Faiz.. Maaf sebab selama ni menyusahkan kau. Aku tahu, aku tak patut ekori kau masa balik sekolah. Aku nak minta maaf juga sebab semalam aku pecah masuk rumah kau." Sambil terkedu. Matanya tidak beralih lagi ke arah aiskrim yang hanyut itu.
"Haihh... Okay lah... Aku maafkan kau.. tapi kau janganlah buat lagi. Aku rimas kau tau tak. Hari-hari rasa cemas sebab ade stranger ikut aku." Mata Alisa masih lagi tidak beralih dari aiskrimnya.
"Dah lah tu... Aiskrim tu dah jatuh... Apa yang kau boleh buat? Aku tahu. Aiskrim tu kau beli dua sebab nak bagi aku satu kan? Aku tak kisah pun. Kau tunggu kejap. Aku beli untuk kau." Alisa terus memandang tepat ke wajah Faiz.
"Tapi Faiz...."
"Tapi apa?"
"Tapi... Aiskrim tu, aku beli dua bukan sebab aku nak bagi kau satu."
"Dah tu? Berhentilah menipu Alisa. Kau nak aku benci kau macam semalam ke?"
"Eh! Jangan lah.. Kali ni aku tak tipu... Aku beli dua aiskrim tu sebab aku nak makan dua-dua sekali."
"Ohhhh....ohh??........................."
Entah macam mana, tiba-tiba sahaja Faiz merasa yang dirinya pula yang bodoh.

Part - 4 : Klik sini

No comments:

Post a Comment

Tags

Video of the Day