Saturday 12 November 2016

Alisa (Part 4)

PART - 4

"Makan lah puas-puas Alisa. Duit aku habis dekat aiskrim kau je." Detik hati Faiz bersama wajahnya yang masam.
Dua kon Aiskrim di genggam erat oleh kedua belah tangan Alisa. Wajahnya riang. Mereka berjalan menuju ke rumah masing-masing.
"Alisa, rumah kau dekat mana?" Sengaja membuka topik untuk berbual.
"Gnrumah akouu....?" Tidak jelas pertanyaan kerana mulutnya dipenuhi aiskrim.
"Ya Allah.... kosongkanlah mulut kau tu sebelum bercakap... Haihhh." Tidak lebih beberapa minit berjalan dengan Alisa, Faiz sudah mula merasa rimas. Keluhan Faiz itu juga jelas mengharapkan Alisa beredar cepat dari pandangan matanya.
GLUURPP!!
Alisa mengosongkan mulutnya. "Rumah aku?? Rumah aku jauh."
"Jauh? Dekat mana rumah kau?"
"Hmmm...susah juga lah aku nak cakap. Dia memang jauh"
"Cakap je lah... nak bagitahu rumah dekat mana pun susah sangat ke?"
"Susah lah, sebab jauh.. dia macam Akim."
"Akim??"
"Iye lah... Akim..." pantas Alisa menyayikan serangkap lagu " Jauh, Terrrbawa lukisan hatimu."
"Ha.... Ha... Ha... lawak gila lah kau. Kau lah orang paling lawak pernah aku jumpa dekat dunia ni. Aku harap orang macam kau ni tak akan mati." Pemerlian Faiz itu diikuti dengan wajahnya yang bosan. Lantas Faiz sudah tidak mahu lagi berbual bersama Alisa.
"Sikit-sikit marah. Apa lah kau ni"
"......"
Usikan Alisa itu tidak lagi diendahkan oleh Faiz. Alisa mula merasa sangat bersalah dan mencari idea untuk membuka topik berbual. Anak mata Alisa menjeling ke kiri dan kanan mencari topik yang rawak untuk di bual. Tidak semena-mena, Alisa terlihat sebuah buku tulis yang dibimbit oleh Faiz.
"Eh! Faiz... Buku apa yang kau pegang tu?"
"..."
"Faiz?"
"..."
"Faiz... Cakaplah dengan aku."
"..."
"Ala bucuk bucuk. Merajuk pulak dia. Janganlah merajuk. Nanti mama beli gula..."
"DIAM LAH! Ni kerja sekolah aku! Kenapa kau nak sibuk!" Api di dalam diri Faiz membara secara tiba-tiba dan kelihatan wajahnya menjadi merah. Harapanya mahu Alisa beredar dengan cepat semakin tinggi.
"Macam perempuan lah kau. Kuat merajuk. Nak tengok kerja sekolah kau boleh?"
Tidak mahu berkata apa. Faiz menghulurkan buku kerja sekolahnya kepada Alisa. Alisa membelek buku kerja sekolah itu dan memerhati setiap soalan yang tidak di jawab oleh Faiz.
"Kenapa tak jawab lagi soalan-soalan ni?"
"Suka hati aku lah nak jawab ke tak nak."
"Lah... boleh ye macam tu?"
"Mestilah aku tak tahu jawapan! Sebab itu lah aku tak jawab! Ya Tuhan! jangan lah bagi aku stress tengah hari macam ni!"
"Tak tahu??? Senang je soalan ni."
"Iya lah tu. Kalau senang kau jawab lah." Faiz mula rasa tercabar dengan wanita bebal seperti Alisa.
"Mana boleh... ni buku kerja kau. Kalau aku yang jawab, ni jadi kerja aku lah."
"Alasan... kalau tak tahu, cakap lah tak tahu. Dah lah tak tahu. Berlagak pula tu."
"Hoi! Cakap tu bagi bagus sikit! Senang je la semua soalan ni. Keluarkan pen kau." Ayat yang dilontarkan Faiz membuatkan Alisa juga turut tercabar.
"Tengok tu! Pergi sekolah pun tak bawa pen. Lagi nak pinjam pen orang. Berlagak pula tu!"
"Aku bawa la semua alat tulis! Aku suruh kau keluarkan pen. Sebab ini kerja sekolah kau. Kau lah yang tulis. Aku bagitahu jawapan.
Perasaan mereka tercabar antara satu sama lain. Kejadian itu telah membuatkan perjalanan mereka tersangkut di sebelah warung makanan. "Okay! Cepat. Bagi aku jawapan semua soalan ini."
Setiap satu soalan Matematik itu dihuraikan kemas oleh Alisa. Faiz juga turut menyalin buta tanpa memeriksa sebarang jawapan yang tepat atau pun tidak.
"Okay! Kalau jawapan kau ni semua salah, aku nak kau ganti balik duit aiskrim aku yang kau makan."
"Okay. Tak ada hal. Tapi... kalau semua soalan aku betul, aku nak kau belanja aku tiga kon aiskrim seminggu berturut-turut!" Senyuman Alisa amat menyakinkan. 
"Deal!"
Perjalanan mereka yang tergendala di sambung semula. Selang beberapa minit, Faiz sudah menghampiri rumahnya. Alisa melambaikan tangan kepada Faiz dengan senyuman keyakinan jawapan matematik yang diberi. Faiz tidak mengendahkanya. Dia terus masuk ke dalam rumah bersama wajahnya yang bengis.
"Cis! tengok perangai pun dah bodoh. Lagi nak jawab soalan susah macam ni. Aku pun boleh tahan juga. Menyalin jawapan dia bulat-bulat dekat buku aku. Dah lah esok nak kena hantar." Laju Faiz menuju ke meja belajarnya dan melabuhkan beg galasnya di kiri meja. Laci di meja itu dibuka dan Faiz mengambil sebuah buku tulis yang kosong dengan tujuan untuk menyalin semula soalan dan menulis jawapan yang baharu.
**************
Waktu mata pelajaran Matematik sudah menghampiri masa yang tamat. Detikan jam sudah menghampiri waktu loceng untuk berbunyi
"Baiklah. Ini adalah buku kerja sekolah kamu yang dihantar pada dua hari lepas. Cikgu sudah tanda ke semuanya. Cikgu dapati ramai para pelajar tak dapat menjawab soalan ini. Kecuali Faiz. Saya merasa bangga dengan dia sebab semua soalan yang dijawab adalah tepat. Tahniah Faiz." Pujian yang diberi oleh gurunya itu telah menarik perhatian satu kelas.
Nama Faiz adalah nama pertama yang disebut oleh gurunya untuk memulangkan kembali buku kerja sekolah. Faiz bangun dari kerusinya dengan bangga sambil menyambut buku kerja sekolahnya itu.
Duduk kembali di meja belararnya. Dan membelek buku tersebut. Faiz terdiam buat seketika seolah-oleh terkesima. Buku yang dihantarnya itu, adalah buku yang mempunyai jawapan dari Alisa.
"Eh!! Aku hantar buku jawapan aku kot." Sedaya upaya Faiz mengingati kembali waktu pagi itu di rumahnya.
"Alamak!!" Faiz menepuk dahinya. Faiz teringat, pada waktu pagi itu Faiz terlalu bergegas kerana sudah lewat hendak pergi ke sekolah. Buku tulis yang disalin semula bertindih dengan buku tulis yang asal. Faiz tersilap langkah. Faiz mengambil buku yang asal di mana jawapanya dari Alisa.
Faiz cuba melupakan situasi itu kerana ianya sudah berlalu. Dengan rela hati Faiz memerhati setiap jawapan yang di tanda oleh gurunya. Sangat mengejutkan. Kesemua jawapan yang Alisa beri di tanda kemas oleh gurunya.
"Mak aii!! Alisa ni kelas depan ke? Tak sangka betul dia ni bijak."
***********
"Wey Alisa."
"Apa dia?"
"Kau menang." Alisa menggaru kepalanya dengan wajah yang kosong. Dia sudah lupa dengan cabaran matematik yang di debat dalam dua hari yang lepas.
"Menang apa? Eh? Kejap! Kau dah percaya yang aku ni Ultraman?"
"Kau menang dengan kerja sekolah aku lah!" Dengan wajah yang hampa dan menghulurkan buku kerjanya pada Alisa.
"Ohh... Aku dah lupa pasal ni... Heh... Heh... Heh... seperti yang dijanjikan. Tunaikan lah janjimu wahai Faiz... Heh... Heh... Heh"
"Iya.. Iya.. aku nak beli lah ni. Tiga kon aiskrim kan?"
"Yes.."
Perjalanan pulang ke rumah, hati Alisa merasa sungguh gembira dengan dua kon aiskrim di kedua belah tanganya. Tidak padan pada badanya yang langsing itu dengan cara pemakananya yang gelojoh."
"Wey Alisa."
"Apa dia? Nak belanja aku satu lagi kon aiskrim ke? Heh... Heh... Heh"
"Tak payah nak lebih-lebih! Aku nak tanya. Kau kelas apa? Aku tak pernah nampak kau dekat sekolah pun?"
"Kelas Murni" Sambil menjilat aiskrimnya.
"Murni?? Kau jangan tipu aku!" Kelas Murni adalah kelas paling hujung di dalam tingkatan lima.
"Betul lah. Buat apa aku nak tipu kau."
"Kenapa aku tak pernah nampak kau dalam sekolah?"
"Kau kelas depan. Aku kelas belakang. Bilik kelas aku dekat tingkat bawah sekali. Paling jauh dari kelas depan macam kau yang duduk dekat tingkat atas. Macam mana kita nak jumpa. Pelajar tingkatan lima bukanya sedikit. Apa lah kau ni."
"Waktu rehat tak nampak kau pun. Mustahil kau tak pergi kantin."
"Tak. Aku tak pergi. Waktu rehat aku duduk dalam kelas je. Tak keluar."
"Kenapa macam tu pulak?"
"Malas... Lagipun aku mengantuk. Aku ambik la kesempatan tidur."
'Lifeless punya orang. Tapi macam mana dia boleh jadi bijak' Detik hati kecil Faiz.
******************
"Baiklah. Kamu semua ada masa dua jam setengah untuk menjawab soalan. Sila baca soalan dengan teliti. Peperiksaan dimulakan sekarang!"
Faiz yang sedang duduk di kanan jendela meniliti sepenuhnya soalan di kertas peperiksaan itu.
Tiga puluh minit sudah pun berlalu. Faiz masih lagi buntu dengan soalan yang susah itu.
Tidak lama selepas itu, ada satu bulatan kertas yang kecil melantun di meja Faiz. Faiz memandang ke kananya dan ada dua lagi bulatan kertas melayang ke arah mata. Diperhatikan dengan betul, rupanya Alisa sedang duduk bersebelahan dengan Faiz. Bulatan kertas kecil itu adalah dari Alisa. Faiz tidak perasan akan Alisa kerana terlalu fokus dengan soalan tersebut.
'Jangan kacau aku...' Bisik Faiz perlahan kepada Alisa. Alisa seperti memberikan sesuatu petanda. Dia membuat sesuatu gaya yang tidak diketahui Faiz. Alisa menindihkan kedua telapak tangannya dan memisahkanya kembali. Gaya itu diulang berkali-kali. Faiz tidak menghiraukanya. Alisa membaling lagi puntalan kertas kecil kepada Faiz untuk mendapatkan perhatian. Tidak dendahkan langsung. Mimik wajah Faiz yang berkerut itu merasakan dirinya tidak selesa.
Penjaga perperiksaan itu memerhati sahaja gelagat Faiz.
"Ehem... Jika ada sesuatu yang tidak kena. Sila beritahu pada saya." Penjaga itu bersuara setelah matanya memandang tepat ke arah Faiz. Alisa juga turut berhenti berbuat sedemikian. Takut dengan amaran penjaga tersebut.
Selang beberapa minit, Alisa mengulangi perkara yang sama. Faiz merasa sangat rimas dan kesabaran di dalam hati Faiz mula hilang.
"JANGAN KACAU AKU LAH BODOH!"
Jeritan yang tidak disengajakan itu telah menarik perhatian kesemua pelajar yang berada di bilik perperiksaan tersebut. Termasuk penjaga peperiksaan.
"Kenapa Faiz? Awak nak saya koyak kertas peperiksaan awak ke baru awak mahu diam?"
"Maaf cikgu. Saya tertidur dan menginggau tadi. Maaf sangat-sangat" Alasan yang diberi sebegitu hanya untuk mengelakkan Alisa dituduh dan dihalau sekali dari bilik tersebut.
"Baiklah. Kalau awak ulangi lagi. Saya tarik kertas awak dan tidak akan ada markah untuk awak."
"Baik cikgu. Maafkan saya"
Lalu penjaga itu beredar. Selang beberapa minit, Alisa melakukan semula perkara yang sama. Kali ini, Faiz memandang tepat pada Alisa. Dia cuba memahami apa yang Alisa mahukan agar Faiz boleh fokus penuh pada soalan selepas dia menunaikan hajat si Alisa.
Alisa masih membuat gaya yang sama. Dan dibalingkan bertubi-tibi puntalan kertas kecil. Faiz memerhati kedua tangan Alisa yang rapat dan terpisah itu. Akhirnya dia memahami. Alisa mahu Faiz membuka puntalan kertas yang dilontarnya.
Demi menunaikan hajat si Alisa supaya tidak merasa terganggu lagi, Faiz membuka puntalan kertas kecil itu dan dia dapati Alisa menulis segala jawapan yang tepat kepada soalan peperiksaan tersebut. Dibukanya lagi puntalan kertas yang lain. Kesemuanya adalah jawapan kepada soalan pertama sehingga akhir. Dengan kesempatan yang ada, Faiz menyalin ke semua jawapan tersebut. Dia mahu lulus dalam peperiksaan itu. Tanpa berfikir sama ada itu kerja tipu ataupun bukan.
Ternyata, rupanya Faiz sememangnya lebih bodoh dari Alisa.

Part - 5 : Klik sini

No comments:

Post a Comment

Tags

Video of the Day